Monday 4 April 2011

APABILA SIFAT MUNAFIK ADA DALAM DIRI

LAPORAN PENIPUAN & PENYELEWENGAN SERTA SALAHGUNA KUASA OLEH
SUPT JAAFAR BIN MAT(dulu ketua narkotik Negeri Melaka,sekarang ditukar ke AADK setelah masuk akbar dan tv penipuan ini)

PC : Megatiara
Date: 26th February 2011
Time : 12:38:48
FridayCatatan:- Oleh Md Shadip bin Mohd.

KRONOLOGI
DIANTARA SAYA DAN SUPT JAAFAR BIN MAT

Rentetan Sejarah:- 1

Bermulanya Pertemuan: (Berserta bukti-bukti)

Mengenali ASP Jaaafar bin Mat (dulu ASP sekarang SUPT) pada tahun 1995, di Melaka  (Reverra Hotel) semasa menghadiri seminar keselamatan anjuran PKKM dan Kementerian Dalam Negeri.Pada masa itu saya mewakili Rekal Jaya Security Services Sdn Bhd, sebagai pengurus Cawangan Negeri Johor.
Semasa itu Jaafar bin Mat bertugas sebagai Pegawai Polis berpangkat ASP yang bertugas di Kementerian Dalam Negeri bahagian Penguatkuasa Kawalan Keselamatan dan seorang lagi bernama Zulhadi seorang pegawai di Kementerian Dalam Negeri.

Seterusnya kami sentiasa berhubung dan menjadi seorang rakan baik. Setiap kali beliau ada tugasan di Johor Bahru, beliau akan sentiasa menghubungi saya untuk membantu beliau dalam operasi penangkapan juga sentiasa membantu beliau dalam masalah kewangan apabila beliau terdesak.

Sejak persahabatan menjadi akrab, pada satu masa di Hotel Kristal Crown Johor Bahru, saya telah memberi pandangan kepada beliau agar membuat part time business menggunakan nama kroni atau saudara mara dalam bidang kawalan keselamatan untuk menambah pendapatan bagi mengelak beliau mengambil rasuah. Ini kerana setiap kali ada operasi penangkapan dan bagi menyelesaikan masalah beliau akan meminta wang peyelesaian dari pengarah pengarah syarikat yang membuat kesalahan. Disamping itu juga kebetulan saya telah menyewa lesen Rekal Jaya Security Services Sdn Bhd dengan membayar 10% setiap kemasukan kewangan. Saya berpendapat adalah lebih baik 10% tersebut masuk ke Syarikat beliau juga kerana hubungan persahabatan dan memandangkan beliau punya pengaruh di KDN sebagai pegawai penguat kuasa di KDN.

Pandangan dan cadangan saya telah diterima baik oleh beliau dan pada permulaanya beliau telah memberitau mengambil alih syarikat kawalan keselamatan atas nama SASA SECURITY SDN BHD dari empunya asal yang bernama Asmawi dan menggunakan nama anak saudara beliau (Azman bin Din) dan salah seorang sepupu(saudara) beliau bernama (Azmi bin Osman) sebagai pengarah syarikat.


Rentetan Sejarah:- 2

Dan atas dasar sahabat juga saya telah menyewa lesen Sasa Security Sdn Bhd dan menjalankan perniagaan kawalan keselamatan di Johor Bahru serta memindahkan sebahagian pelanggan-pelanggan saya di Johor Bahru. Saya juga telah menyewa sebuah bangunan rumah kedai di Taman Bukit Kempas Johor Bahru sebagai pejabat pengurusan Sasa Security Sdn Bhd. Seperti orang lain saya juga membayar deposit sebanyak RM5,000.00 tunai dan di kenakan 10% dari setiap kemasukan kewangan dari pembayaran pelanggan syarikat.(keewangan tersebut tdk dipulangkan sehingga sekarang).

Memandangkan perniagaan saya bertambah maju dan mempunyai nilai kontrak lebih RM 200,000.00 sebulan, maka saya menubuhkan sebuah syarikat kawalan keselamatan yang kami beri nama Kukuh Saga Security Services Sdn Bhd dan cuba memohon lesen kawalan dari Kementerian Dalam Negeri dengan meminta bantuan dari ASP Jaafar  memandangkan beliau pada masa itu bertugas di KDN dan selaku sahabat beliau berjanji untuk membantu saya.

Setelah penubuhan syarikat diluluskan oleh SSM dan berbincang dengan beliau, beliau sanggup menolong tetapi dengan syarat meletakkan 3 nama sebagai lembaga pengarah iaitu nama pertama  ACP Abdullah Shaahair bin Md Noor (rakan beliau) sebagai syarat wajib bekas anggota, nama kedua Ali bin Awang (sepupu beliau sebagai proksi beliau) dan nama ketiga  Fazilah binti Hanafi (Isteri pertama.kepada Dato’mohd zuki bin abdul hamid(dato latif pak lah)@ anak saudara kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi) sebagai proksi orang dalam dan dengan adanya tiga  nama ini permohonan lesen tidak ada masalah. Maka saya menurut apa sahaja kehendak beliau asalkan saya mempunyai lesen atas nama sendiri.

Setelah saya siapkan semua kertas kerja dan memasukkan tiga nama yang beliau cadangkan, saya menghantar permohonan ke KDN. Dan semasa khabar angin untuk dipanggil temuduga oleh KDN saya dapati 3 nama pengarah berikut telah dikeluarkan dan dimasukkan kedalam syarikat Asas Security Sdn Bhd yang baru beliau tubuhkan. Akhirnya Asas Security Sdn Bhd yang mendapat lesen KDN, saya mendapat tahu setelah menerima surat dari KDN permohonan saya tidak boleh diterima memandangkan 3 lembaga pengarah sudah dikeluarkan tanpa pengetahuan saya. Setelah disiasat, ASP Jaafar yang telah menguruskan semua itu dengan membuat fitnah (memalsukan tandatangan saya) sedangkan semuanya ASP Jaafar sendiri yang buat dan menguruskannya disamping beliau mengenali orang-orang dalam KDN. (Penipuan dalam senyap)

Beliau telah meletakkan nama anak saudara beliau Azman bin Din dan Azmi bin Osman (sebelum ini pengarah Sasa Security Sdn Bhd). Tempat bagi kedua-dua pengarah ini telah digantikan oleh seorang lagi anak saudara beliau yang bernama Shahril (masih muda  dan baru sahaja tamat belajar) yang mana Sasa Security Sdn Bhd sudah berkembang maju dan mudah bagi anak saudara seperti sharil  meneruskan perjalanan syarikat, lagi pun SASA security hanya menyewakan lesen kepada orang ramai dan mengambil komision 10% dari nilai bayaran pelanggan tanpa mengeluarkan segala modal.


Rentetan Sejarah:- 3

Atas dasar persahabatan saya tetap baik dan saya mendiamkan diri,hubungan kami juga tetap baik memandangkan saya menyewa lesen Sasa Security Sdn Bhd kepunyaan beliau untuk menjalankan perniagaan bagi menyara anak dan isteri.

Pada tahun 2001, saya telah berjumpa dan berbincang semula bagaimana untuk mendapatkan lessen bagi Kukuh Saga Security Services Sdn Bhd. kali pertama saya telah dipermainkan.Maka beliau memberi cadangan kepada saya memandangkan kawan beliau bernama Tuan Nazree bin Mohamad adalah pegawai yang bertanggungjawab mendatangani kelulusan bagi lesen kawalan keselamatan, mungkin tidak ada masalah untuk untuk mendapatkan lesen. Cadangan beliau kepada saya.

Seperti Kukuh Saga Security Sdn Bhd, beliau meminta saya mendapatkan satu syarikat lain yang sudah lama berdaftar dgn SSM, dengan cara kedua-dua memohon lesen di KDN tetapi dengan syarat salah satu lesen akan diberi kepada Tuan Nazree bin Mohamad ( kononnya terpulang kepada beliau ingin meletakkan nama proksi dalam syarikat tersebut).

Maka saya telah memberi syarikat Kukuh Saga Security Services Sdn Bhd (atas nama saya dan isteri) serta satu lagi syarikat yang baru di beli iaitu Jalur Utama Sdn Bhd kepada beliau bagi urusan mendapatkan lesen.

Akhirnya pada tahun 2004 Kukuh Saga Security  Services Sdn Bhd telah mendapat lesen dari KDN dan saya bertanya kepada beliau macam mana ceritanya, lesen sudah keluar. Alasan beliau meminta saya bersabar menunggu Jalur Utama Sdn Bhd mendapat lesen dan Kukuh Saga Security Sdn Bhd telah diberi kepada Tuan Nazree, setelah saya siasat nama saya dan Isteri sebagai lembaga pengarah juga telah dikeluarkan dari Kukuh Saga Security Services Sdn Bhd tanpa pengetahuan saya.(juga beliau telah membuat pemalsuan tandatangan dan penipuan sekali lagi). Yang mana Tuan Nazree telah meletakkan nama  saudara beliau bernama Mohd Redzuwan bin Md amin ic 830426-05-5467 dan Nur Sakinah binti Ibrahim ic 830524-02-5480  yang saya tidak kenali.(masih muda dan tidak mengikut syarat2 yang dikhendaki olih KDN utk mendapat lesen)sedangkan semasa permohonan saya pada mulanya semua lengkap mengikut syarat2 wajib bah kan siap kwsp,sosco,statment bank dan mempunyai pelanggan.


Memandangkan hubungan yang baik, saya selalu bertanya perkembangan permohonan Jalur utama sdn bhd, dengan mengatakan saya perlu syarikat segera, untuk untuk menyara kehidupan keluarga saya bagi jangka masa panjang,kerana saya tahu risiko nya bila menyewa lesen terutama nya apabila pelanggan kita bertambah ramai,juga kerana saya perlu membayar 10% setiap bulan yg nilainya lebih RM20,000.00 sebulan,(terasa besar dan sayang),sedangkan segala kos saya menggunakan duit sendiri,terutamanya gaji kerani,pegawai dan pengawal,Epf,Sosco,Insuran,sewa bagunan,bil api,bil air,uniform pengawal,alasan yg beliau bagi ialah insyallah dan sabar,akan ada lah syarikat tu,percaya kan pada dia.


Rentetan Sejarah:- 4

Mungkin selalu didesak,iaitu pada awal tahun 2005, beliau menawarkan saya sebagai pengarah di Tiara Force Security Sdn Bhd (lesen baru beliau) dengan memegang jawatan sebagai pengarah urusan dan menjanjikan 3% setiap nilai assignment yang masuk setiap bulan di Tiara Force security,disamping saya boleh menjalankan perniagaan sendiri dengan memasukkan tabung 7% dari bayaran pelanggan. Maka saya bersetuju dan meninggalkan anak dan isteri saya di Johor Bahru dan saya tinggal di Kuala Lumpur selama setahun untuk mengembangkan perniagaan Tiara Force Security Sdn Bhd keseluruh Malaysia.

Setelah saya tinggal di Kuala Lumpur dan membesarkan perniagaan Tiara Force Security Sdn Bhd,setelah syarikat Tiara Force berkembang maju dengan perolehan lebih rm 300 ibu, berlaku sedikit ketidak puasan hati tentang pembayaran dimana saya tidak memperolehi 3% seperti yang dijanjikan yang membuatkan saya rasa seperti dipermainkan sehingga berlaku selisih faham saya dengan anak saudara beliau yang menguruskan kewangan. Akhirnya saya dikeluarkan dari lembaga pengarah Tiara Force Security Sdn Bhd tanpa pengetahuan saya dan  diganti nama anak saudara beliau bernama Wati dan saya pulang ke Johor Bahru dimana untuk menyelamatkan kontrak-kontrak yang ada di Johor Bahru saya menyewa lesen Derigour Security sdn Bhd dengan membayar semula 10% dari kutipan bulanan perniagaan saya bagi menyara kehidupan keluarga saya.

Memandangkan hubungan saya yang baik dengan pegawai-pegawai  di syarikat kawalan yang dipunyai ASP Jaafar, saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau terutamanya syarikat2 dan bagunan2 yg dimiliki, dari Sasa security, Asas Security, Jati wira Security, Bertam Security, IQ(arrow shield) Security, Progresif Security, Jerai Security, Jayapadu Bersatu Security,Tiara Force security,Quality security bahkan saya dapat tahu sebuah syarikat yang ditubuhkan atas nama isteri beliau yg bertugas sebagai guru tempat meyimpan segala keuntungan syarikat2 beliau (JUNARIANG TRAVEL & TOURS SDN BHD,sekarang telah mendapat lesen sendiri dgn menukar nama syarikat), saya juga mengenali pengarah2 proksi atau pengarah lelap di syarikat2 beliau kerana hubungan yang baik sebelum itu, bahkan beliau mendapat satu lesen kesatu lesen kerana hubungan beliau yang sangat baik dengan pegawai2 di KDN bahagian kelulusan lesen(nama2 pegawai diKDN ada dalam simpanan saya) dan setiap kali saya menghubungi beliau untuk mengetahui status Jalur Utama Sdn Bhd beliau membuat berbagai alasan. Akhirnya sampai juga di pengetahuan saya yang Jalur UtamaSdn Bhd telah mendapat lesen dari KDN pada tahun 2006, bagi mengelak dari pengetahuan saya, beliau telah memberi amaran kepada anak saudara beliau bernama fahmi bin Yahaya (diletak sebagai proksi beliau yang menjadi salah seorang pengarah) agar merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan saya. Bagi mengatasi masalah tersebut beliau telah menukar nama Jalur Utama Sdn Bhd  kepada Quality Security Services Sdn Bhd dan meletakkan anak saudara beliau sebagai proksi kerana itu juga beliau telah mengeluarkan saya sebagai pengarah dari Tiara Force Security Sdn Bhd dan beliau terus menjauhkan diri dari saya. Sehinggalah setiap kali saya hubungi beliau dan bertanya berkenaan syarikat Kukuh Saga Security Sdn Bhd dan Jalur Utama Sdn Bhd beliau akan membuat berbagai alasan sibuk dan akan call balik tetapi terus senyap.

Saya tetap bersabar dan berdoa kepada Allah, suatu hari beliau akan memulangkan hak saya sehinggalah  pada masa yang sama saya telah di rayu olih seorang pemangil yg sy tdk kenali bernama fauziah sulaiman dari Kampar Perak.membantu  syarikat beliau yang penuh dengan masalah iaitu Kemas Cipta security sdn bhd, tidak beraudit selama 9 tahun, tidak dapat menghidupkan lesen KDN utk tahun 2007.di punyai olih Fauziah bte sulaiman isteri seorang pegawai polis Dsp Zakaria bin Kasim sekarang Tim.Ketua Polis Jerantut. Satu syarikat yang benar-benar bermasalah, atas rayuan dan rasa simpati serta pengalaman dlm kawalan keselamatan, saya membantu mendapatkan kelulusan  lesen KDN, menyusun segala kelemahan sehinggalah lesen telah diluluskan.Setelah di beritau lesen diluluskan beliau menyata kan sudah penat berniaga gali lubang tutup lubang dan meyerahkan perniagaan Kemas Cipta kepada saya utk dibesarkan dan meminta elaun Rm 10 ribu sebulan,serta suami beliau Dsp zakaria memohon seribu,sosco ,insuran Kwsp serta sebuah kereta(Toyota Harrier).Setelah saya setuju dan dimasukkan kedalam bnk setiap bulan, saya telah membesarkan perniagaan keseluruh Malaysia, perniagaan telah berkembang keseluruh Malaysia .Dari nilai kontrak yg ada L/kurang Rm 130 ribu sebulan selama dekat 12 tahun,saya telah membesarkan perniagaan sehingga  bernilai RM700-800 ribu sebulan dalam masa satu tahun lebih dgn mendapat  kontrak2 kerajaan dan swasta. setelah syarikat maju empunya asal syarikat telah belot dan memungkiri segala janji serta merampas perniagaan saya,dengan menutup semua akaun yg telah saya tanda tangani dan mengaku perniagaan itu semua mereka yg menjalankan,( ada segala bukti serta surat2 perjanjian)

Apabila lesen KDN telah mati pada 2010 dan empunya asal tidak berani berjumpa saya sedangkan segala dekumen ada pada saya terutamanya pendapatan syarikat,nama2 pengawal,kontrak2,penyata kwsp.sosco,insuran,lesen senjata dll, mereka telah membuat lapuran palsu mengatakan segala dekomen hilang(dgn bukti). Dengan bantuan supt Jaafar bin Mat (hubungan beliau yg baik  dgn pegawai di KDN) syarikat tersebut mendapat lesen 2010 tanpa sebarang dokumen yang lengkap (pemalsuan dokumen dalam memohon lesen KDN Bagi tahun 2010). Dokumen2 syarikat tersebut masih tersimpan di pejabat Johor Bahru. Setelah disiasat bagaimana syarikat tersebut boleh mendapat kelulusan pembaharuan lesen dari KDN, mereka memberitahu ASP Jaafar telah membantu kerana beliau mempunyai orang-orang dalam yang boleh meluluskan dan mengeluarkan lesen tersebut tanpa dokumen-dokuman sebenar.

Maka dari rentetan ini saya merasakan supt Jaafar bin Mat memang seorang manusia yang zalim dan tidak berperi kemanusiaan,sudah lah syarikat saya sendiri telah di ambil dgn cara memalsukan tanda tangan saya dan isteri,syarikat kemas cipta ini pun beliau mempengaruhi seolah2 supt jaafar ini tidak memikir saya juga mempunyai tangung jawab untuk menyara kehidupan keluarga saya.Saya terpaksa membuka permasalahan ini agar ada sesiapa yang simpati membantu untuk saya mendapatkan hak-hak saya memandangkan saya juga ingin meneruskan kehidupan ini disamping menyara isteri dan anak-anak yang sedang membesar dan masih bersekolah.Segala2 yang saya jelaskan diatas adalah sebenar2 berlaku dan ada bukti2. Saya hanya mahu kan hak saya bah kan bertahun saya bersabar dan tdk membuka tembelang ini kerana berpegang pada perinsip menjaga persahabatan dan sentiasa memberi  peluang beliau sedar, bersikap adil dan tidak terlalu tamak.Saya hanya mahu menyara  kehidupan saya  dan keluarga saya, tapi beliau hanya sekadar memberi jawapan nanti lah, sabarlah, sedangkan anak2 saya semakin membesar.Semuga rentetan kronologi ini akan membantu saya mendapatkan hak2 saya yang telah saya usahakan semenjak 1994(tamat dari perkhidmatan Tentera) dari mereka2 yang simpati kepada saya manusia kerdil yang tiada pengaruh.


Saya sedia memberi kerja sama berserta bukti2 dengan lebih halus lagi, terutamanya peyelewengan beliau dlm syarikat2 beliau untuk membarui lesen setiap tahun, tidak membayar cukai perkhidmatan yang sepatutnya bernilai ratusan ribu ringgit, tidak membayar cukai syarikat mengikut pendapatan, mempunyai banyak akaun setiap syarikat( hanya satu akaun bila membarui lesen), menyewakan lesen2 beliau keseluruh Malaysia serta hal-hal lain berkaitan lesen.

Saya juga bersedia mendapat ancaman dan fitnah dari beliau, dan rela mati walau akan teraniaya demi isteri dan anak2 saya( ALLAH MAHA MENGETAHUI). Memandangkan beliau mengakui dirinya seorang yang berpengaruh khasnya di jabatan polis,SPRM,SSM dan Kastam, sentiasa menunjukan perwatakan yang baik dijabatan polis dgn mendahulukan wang beliau dalam apa2 program dijabatan beliau,bahkan beliau mempunya hubungan yang baik dengan seorang pegawai kanan polis (bekas ketua polis selangor) kerana isteri beliau adalah salah seorang lembaga pengarah dalam TIARA FORCE SEC (rujuk pemegang saham di KDN) dan mendapat elaun setiap bulan.(bahkan saya bersama isteri peg kanan ini dahulunya sama2 Lembaga Pengarah.ADA BUKTI)


Sebelum ini anak saudara beliau bernama Azman bin Din telah membuat aduan di SPRM berkenaan syarikat2 beliau,tapi dinasihatkan tarik balik,bah kan ada seorang penyewa lesen dari seremban telah dianiaya tanpa dibayar semula wangnya dan saudara Naim ini telah membuat aduan di KDN dan jabatan polis, namun tiada tindakan, bahkan lesen2 beliau bertambah setiap tahun. Saya juga tidak nafikan kekuasaan beliau terutamanya beliau sebagai Ketua Nakotik Negeri Melaka.(sekarang telah ditukar ke AADK)

Di sini saya jelaskan..saya bukan seorang pengedar dadah, saya bukan penghisap dadah dan tidak pernah membuat jenayah dan tidak bermusuhan dengan sesiapa.sekiranya saya terperangkap kearah itu,tolong disiasat.

Peristiwa terbaru anak saudara beliau yang bernama Fahmy bin Yahya telah mengeluarkan rencana penyelewengan beliau di MalaysiaToday bertarikh 25hb Feb 2011. Fahmy telah mendapat  amaran dari SUPT Jaffar yang disampaikan oleh abang ipar beliau (Azman bin Din) bahawa SUPT Jaafar boleh buat aniaya bila-bila masa dengan meletakan dadah. Bahkan Fahmy juga telah diugut oleh salah seorang saudara SUPT Jaafar untuk dipukul jika berjumpa dimana-mana. Dengan ungutan tersebut maka Fahmy bin Yahya telah membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas (dikampung isteri beliau).

Saya adalah seorang bekas tentera,pernah mengalami pertempuran dengan Kominis didalam tentera,pernah aktif dalam parti (ketua pemuda Cawangan/AJK pemuda bahagian, pernah menjadi ketua pesatuan bekas tentera, masih aktif dalam kebajikan setempat. Jadi sekiranya saya teperangkap kearah jenayah dan dadah mohon disiasat sebaik2nya memandangkan saya tidak pernah terbabit dan masih berpegang pada displin tentera serta mempunyai tanggung jawab dalam membesarkan anak anak.
Sekian terima kasih.


Peristiwa terkini:-

SUPT Jaafar telah mengajak Fahmy & Wati berbincang di Penang(anak saudara beliau yang telah dibuang kerja), tetapi mereka berdua bersetuju untuk berbincang di KL (Pada hari Sabtu 26hb Mac 2011). Namun perbincangan tersebut dibatalkan kerana SUPT Jaafar tidak setuju mereka berdua membawa peguam dalam perbincangan tersebut.




Dari:
MD.SHADIP BIN MOHD.
016 5078886

1 comment:

  1. amat simpati dengan apa yang terjadi..terbaca artikel ini semasa saya sedang mencari peluang membuka syarikat security..moga Allah membalas segala yang dilakukan terhadap anda..aminnnn.

    ReplyDelete